1 Donor
0.5%
Sahl ibn Sa’d meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda,
“Demi Allah, sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui kamu adalah lebih baik bagimu daripada sekawanan unta merah yang mahal harganya.”
Jumhur ulama sepakat bahawa dakwah adalah wajib bagi semua umat Islam. Ini menunjukkan bahawa dakwah adalah amat penting dalam Islam dan, lebih penting lagi, kepada Allah subnahu wa ta’la. Hasilnya, dengan melaksanakan dakwah, kita dapat mencari keredhaan Allah subnahu wa ta’ala dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Oleh itu, kita meneruskan legasi dakwah Nabi Muhammad SAW dengan menyebarkan dakwah di Burundi. Alhamdulillah, keindahan Islam telah menarik ramai orang di Burundi untuk menjadi muslim. Sejak itu, hampir 60,000 orang telah bersyahadah dan beriman kepada Islam.
Namun, cabaran sebenar dakwah bukanlah untuk memberitahu mereka tentang keindahan Islam mahupun mengajak mereka menjadi Muslim. Tetapi cabaran sebenar bagi seorang pendakwah adalah untuk memelihara akidah saudara Islam yang baru memeluk Islam. Untuk memastikan mereka beriman kepada Allah dan mengajar mereka mengamalkan Islam sepanjang hayat mereka.
Oleh itu, kami berusaha untuk memastikan mereka yang baru memeluk Islam dapat merasai rahmat Islam dengan memberikan bantuan keperluan asas; makanan, air bersih, bakul makanan, dan kelas pengajaran Islam percuma.
Saudara baru bertambah dari hari ke hari, kami memerlukan sokongan anda untuk meneruskan dakwah di sini. Melalui sokongan anda, pasti dapat membantu saudara baru kita merasakan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.
Sokongan anda mungkin menjadi sebab untuk mereka mempercayai keindahan dalam Islam dan ia boleh jadi sebahagian daripada dakwah anda.