4 Donors
1.42%
Ringkasan Projek
Yaman antara kadar kekurangan zat makanan tertinggi di dunia kerana separuh daripada kanak-kanak bawah lima tahun terbantut dan lebih satu juta kekurangan zat makanan. Biarpun pakar kesihatan mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk kanak-kanak sehingga 6 bulan, namun dengan keadaan semasa dan kadar kemiskinan yang tinggi di Yaman, hanya 16 peratus wanita menyusu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama manakala 33 peratus menggunakan campuran penyusuan susu ibu dan larutan gula dan air buatan sendiri untuk memberi makan kepada bayi mereka.
Kadar kematian bayi adalah tinggi terutamanya disebabkan oleh amalan kebersihan yang tidak terjaga, wabak penyakit, kekurangan susu formula, kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan dan kadar kekurangan zat makanan yang tinggi.
Objektif
Objektif utama projek ini adalah untuk mencegah kekurangan zat makanan, morbiditi dan kematian di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil dengan menyediakan pemakanan yang betul untuk kanak-kanak di Yaman. Kami menyasarkan untuk mengedarkan 10,000 pek susu formula untuk menyokong bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Projek ini boleh membantu mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak akibat kekurangan zat makanan dan menyokong ibu yang kekurangan zat makanan untuk menyediakan nutrisi yang mencukupi untuk bayi mereka.
Bajet Diperlukan
Item | Kos Satu Unit | Jumlah Unit | Jumlah Bajet |
Susu Untuk Bayi (400 g) | RM30.80 | 10000 | RM308,000 |
Tempat Bantuan
Dalam projek ini kami akan meliputi enam tempat Taiz, Yaman yang sangat memerlukan bantuan; Kem Al-Birin, Kem As-Safiyah, Kem As-Syamatiin, Kem Al-Ma’afir, Kem Muzi’ dan Kem Al-Wazi’yah.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, nutrien yang mencukupi adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Penjagaan nutrisi yang betul akan memberikan perbezaan yang besar untuk pertumbuhan mereka dan terutamanya penting untuk kanak-kanak Yaman kerana mereka diketahui mengalami kekurangan zat makanan akut. Si kecil yang tidak bersalah tidak sepatutnya menjadi mangsa konflik yang telah berterusan di Yaman. Oleh itu, kami merayu anda untuk membantu kanak-kanak di Yaman dengan menyediakan susu dan memastikan mereka mendapat nutrisi yang secukupnya.
Assalamualaikum. DOAKAN BISNES HAEYDA'S BERJAYA DILANCARKAN DAN BERKEMBANG PESAT SERANTAU DUNIA. DOAKAN Semoga DIBERIKAN KESIHATAN yang BAIK DIMAKBULKAN SEMUA DOA IMPIAN CITA HARAPAN DIDATANGKANBREZEKI DARI … Read more
Assalamualaikum. DOAKAN BISNES HAEYDA'S BERJAYA DILANCARKAN DAN BERKEMBANG PESAT SERANTAU DUNIA. DOAKAN Semoga DIBERIKAN KESIHATAN yang BAIK DIMAKBULKAN SEMUA DOA IMPIAN CITA HARAPAN DIDATANGKANBREZEKI DARI ARAH YANG TAK DISANGKA DIKURNIAKAN KEJAYAAN REZEKI YANG LUAR BIASA DIDATANGKAN REZEKI DARI ARAH YANG TAK DISANGKA² DIKURNIAKAN KESELAMATAN DI MANA JUA BUAT DIRI SUAMI ANAK² TERCINTA BUAT IBUBAPA KAMI SELURUH KERABAT SAHABAT DAN GURU² KAMI SEKALIAN MUSLIMIN MUSLIMAT MUKMININ MUKMINAT Y SENTIASA MENDOAKAN KEBAIKAN BUAT KAMI. A'MIIN INSYAALLAH
Sumbangan