|

Program Iktikaf Ramadhan Santunan YADIM Kebangsaan (IRSYAD 2026)

1 Donor

0.02%

Raised: RM10
Goal: RM64,600


Ringkas Program

Iktikaf Ramadhan Santunan YADIM (IRSYAD) 2026 ialah program dakwah dan pembangunan kepimpinan belia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dilaksanakan secara serentak di 12 buah masjid terpilih di seluruh negara sepanjang bulan Ramadhan.

Program ini menghimpunkan mahasiswa dan belia dakwah dalam kalangan Rakan Siswa YADIM, Rakan Belia YADIM serta komuniti setempat bagi menghidupkan masjid, menyantuni masyarakat dan menyebarkan mesej Islam secara berhikmah.


Kenapa IRSYAD 2026 Diperlukan?

Mahasiswa dan belia adalah aset utama ummah. Mereka perlu dibimbing bukan sahaja dengan ilmu agama, tetapi juga kemahiran kepimpinan, pengurusan dan dakwah lapangan agar mampu menjadi qudwah serta pendakwah profesional masa hadapan.

IRSYAD 2026 menjadi platform latihan sebenar dengan pendekatan learning by doing bersama masyarakat setempat sepanjang Ramadhan al-Mubarak.


Objektif Program

  • Mengasah bakat kepimpinan dan pengurusan program Ejen Dakwah YADIM
  • Memperkasa kemahiran berdakwah kepada masyarakat awam
  • Mewujudkan hubungan erat antara YADIM, masjid dan komuniti setempat

Skala & Pelaksanaan Program

  • 📍 12 buah masjid di seluruh Malaysia
  • 👥 60 Ejen Dakwah YADIM (RSY, RBY & RRY)
  • 🤝 Kerjasama AJK masjid & masyarakat setempat
  • 📅 Pelaksanaan: Februari – Mac 2026 (2 siri)

Aktiviti Utama IRSYAD 2026

 

 

 

 

 

 

 


Majlis Perasmian Kebangsaan

Dirasmikan oleh:
YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Tarikh: 28 Februari 2026
Tempat: Masjid sekitar Selangor
(Cadangan: Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi)


Ke Mana Dana Anda Disalurkan?

Dana yang dikumpulkan akan digunakan secara telus dan beramanah untuk:

  • Jamuan iftar, sahur, moreh & bubur lambuk
  • Penginapan dan pengangkutan minimum peserta
  • Kos penceramah dan fasilitator
  • Bahan modul dakwah dan latihan
  • Sumbangan ziarah kasih kepada keluarga asnaf
  • Keperluan logistik dan operasi program

Keperluan Dana Keseluruhan

Jumlah Dana Diperlukan (12 Negeri): RM64,400

Setiap sumbangan anda menyokong kelangsungan program dakwah Ramadhan di seluruh negara.


Pakej Sumbangan

🟢 RM30 – Saham Bubur Lambuk

Menyumbang bahan dan edaran bubur lambuk kepada masyarakat

🟡 RM50 – Saham Iftar & Sahur

Menaja hidangan berbuka atau sahur peserta dan sukarelawan

🔵 RM100 – Saham Dakwah Komuniti

Menyokong street dakwah dan pengisian rohani Ramadhan

🟣 RM300 – Saham Ziarah Kasih

Menaja sumbangan kepada 1 keluarga asnaf

⭐ Pakej Bebas – Saham Akhirat

Sumbangan ikhlas mengikut kemampuan


Impak Sumbangan Anda

Dengan sokongan anda, IRSYAD 2026 akan:

  • Menghidupkan masjid sebagai pusat dakwah Ramadhan
  • Melahirkan daie muda berwibawa dan berjiwa masyarakat
  • Menyantuni golongan asnaf di 12 negeri
  • Menyebarkan Islam secara rahmah dan berkesan

Ayuh Menyumbang

Setiap ringgit yang anda sumbangkan adalah pelaburan akhirat dan saham dakwah berterusan.

“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai…”
(Surah Al-Baqarah: 261)

👉 Klik Sumbang Sekarang dan bersama menghidupkan Ramadhan di seluruh Malaysia.


Penganjur

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Dengan kerjasama masjid-masjid terpilih di seluruh negara.

Video

Picture

Update
Anonymous User

Anonymous

8 months ago

Amount Donated
RM10

RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM300