
16 Donors
0.82%
Adakah kita pernah terfikir bagaimana rasanya kehilangan kasih sayang seorang ibu atau bapa, terutamanya ketika kita masih kecil dan memerlukan bimbingan serta sokongan mereka? Inilah realiti yang dihadapi oleh anak-anak yang terdapat di Baitul Kasih Baitul Fitrah.
Baitul Kasih Baitul Fitrah adalah tempat perlindungan yang dibuka oleh Ummu Liza, seorang yang memahami betapa pentingnya kasih sayang dan perlindungan bagi anak-anak yang ditinggalkan. Pengasasnya, seorang bekas pengurus jenazah, telah melihat sendiri betapa sukar dan menyakitkan pengalaman yang dialami oleh anak-anak yang ditinggalkan tanpa orang tua. Sejak itu, dia berazam untuk membantu mereka dengan membuka rumah perlindungan ini.
Sehingga kini, Baitul Kasih Baitul Fitrah telah menjadi tempat perlindungan bagi 25 orang anak yang memerlukan kasih sayang dan bimbingan. Namun, keperluan mereka semakin bertambah. Mereka memerlukan rumah yang lebih besar agar dapat hidup dengan selesa dan tenteram. Mereka juga memerlukan kepastian tempat tinggal, di mana mereka tidak akan diusir daripada rumah mereka lagi.
Ummu Liza pengasas dan juga penjaga di Baitul Kasih Baitul Fitrah
8 tahun yang lalu, seorang yang bukan beragama Islam berbangsa Cina, dengan tulus ikhlas telah menyumbangkan rumahnya secara percuma selama 6 tahun kepada anak-anak yatim Baitul Kasih Baitul Fitrah. Namun kerana keadaan yang mendesak beliau terpaksa meminta penghuni Baitul Kasih Baitul Fitrah untuk mencari kediaman baru.Pengorbanan dan kebaikan hati beliau telah memberi sinar harapan kepada anak-anak ini selama tempoh tersebut. Meskipun beliau bukan beragama Islam, namun beliau telah menunjukkan kebaikan dan keinsafan yang luar biasa.
Anak-anak Baitul Kasih Baitul Fitrah sedang belajar tanpa meja
Anak-anak Baitul Kasih Baitul Fitrah sedang mengaji
Kami mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen sumbangan ini dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi membeli sebuah kediaman baru untuk Baitul Kasih Baitul Fitrah. Mereka telah tumbuh besar di Baitul Kasih Baitul Fitrah dengan didikan agama yang mencukupi, dan kita perlu memastikan mereka terus mendapat tempat tinggal yang stabil dan memenuhi keperluan mereka. Kediaman baru ini bukan sekadar rumah, tetapi ia akan menjadi tempat perlindungan dan kesejahteraan bagi anak-anak yang telah dinafikan hak mereka untuk hidup dengan selayaknya.
كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ
Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)]