12 Donors
3.2%
Serangan tidak berperikamanusiaan tentera zionis terhadap orang awam di Gaza bermula 27 Ramadan lalu telah mengorbankan 232 nyawa yang tidak berdosa. 65 kanak-kanak, 35 wanita dan 17 orang tua yang telah dilaporkan syahid apabila tempat tinggal rakyat Palestin menjadi sasaran.
Kerosakan yang berlaku akibat serangan rejim zionis telah memusnahkan infrastruktur dan bangunan di Palestin dan menyebabkan terputusnya bekalan air yang menjejaskan lebih 250,000 penduduk. Kerosakan 725 buah rumah telah menjadikan 72,000 orang sebagai pelarian dan kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara.
Alhamdulillah pada 21 May 2021, tentera Zionis telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dan saudara kita di Palestin dapat merayakan Aidilfitri yang tertangguh dengan melaungkan takbir di Masjidil Aqsa. Walaubagaimanapun, gencatan senjata ini bukan satu tiket untuk kita menutup mata di atas penderitaan dan kerosakan yang telah berlaku. Oleh itu, Malaysia On Covering Aurah ( MOCA) ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk menghantar bantuan kecemasan kepada saudara kita di Palestin.
Moga sumbangan kecil kita dapat meringankan bebanan mereka.
TENTANG MOCA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN AURAT MALAYSIA atau dikenali juga sebagai MALAYSIAN ON COVERING AURAH (MOCA) ialah sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Registrar of Society (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM003-10-02112015.
MOCA telah bergiat aktif dalam menyebarkan kesedaran tentang kewajipan menutup aurat bagi wanita di seluruh Malaysia.
Ikuti aktiviti MOCA di sini:
https://www.instagram.com/moca_malaysia/?hl=en
Asking for details doesn’t help the donating process to be smooth. Many people prefer less ‘click’.