34 Donors
9%
Sekali lagi tentera Israel mencemari kesucian Al-Quds pada 27 Ramadan lalu saat saudara muslim kita sedang menunaikan solat tarawih. Tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel telah mendatangkan kemarahan bukan sahaja penduduk Palestine, tetapi seluruh umat Islam mengecam Tindakan melampau zionis.
Sehingga 17 May 2021, mangsa pengeboman oleh tentera zionis Israel di Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 212 orang di mana 61 daripadanya adalah kanak-kanak dan 36 wanita. Angka ini dijangka akan terus meningkat kerana penempatan orang awam menjadi sasaran perang tentera zionis.
Dunia kini bangkit mengecam kezaliman Israel dengan mengadakan solidariti untuk Palestin dan menekan Israel untuk menghentikan kekerasan terhadap yang tidak bersalah serta Israel seharusnya mengembalikan tanah suci itu kepada yang hak.
Akademi Alumni Sahabat YADIM (AKASYA) tidak mahu ketinggalan dalam menyatakan sokongan dan solidariti terhadap saudara kita di Palestin dan kami ingin mengajak semua alumni Sahabat YADIM yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program Sahabat YADIM dalam misi menghantar bantuan kecemasan kepada mangsa yang tercedera serta mereka yang kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.